3.6.12

Pengajian Jurusan Perubatan di Universiti Tanta

Oleh: Atiqah Tahir

Melalui perjanjian dan perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai Memorandum of Understanding (MoU) juga di tawarkan di Universiti Tanta. Melalui perjanjian ini, yuran yang di kenakan ke atas pelajar di bawah perjanjian ini adalah sebanyak USD9000 setiap tahun. 

Bertepatan dengan yuran yang dikenakan, beberapa perkhidmatan khas telah di tawarkan oleh pihak universiti bagi pelajar di bawah perjanjian ini seperti:
  1. Kelas pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris
  2. Buku percuma
  3. Makanan percuma untuk empat kali seminggu
  4. Lawatan ke beberapa tempat menarik di Mesir sekali setiap tahun
  5. Saguhati daripada pihak universiti bagi mereka yang cemerlang di dalam peperiksaan setiap tahun
Sistem pengajian di Universiti Tanta boleh saja dikatakan sama saja dengan universiti lain di Mesir. Bezanya cuma lokasi universiti, tenaga pengajar dan persekitaran.

Pengajian yang mengambil masa selama 6 ½ tahun ini terbahagi kepada tiga tahun pertama untuk pra-klinikal dan 3 ½ tahun kedua untul klinikal. Pembahagian silibus bagi pengajian bagi tahun 1 sehingga tahun 6 adalah seperti berikut :

Pra-klinikal (tiga tahun pertama pengajian)

Tahun 1: Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Human Right, Komputer (subjek tambahan)

Tahun 2: Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Psychology (subjek tambahan)

Tahun 3: Pathology, Pharmacology, Microbiology, Parasitology

Kurikulum yang diajar adalah merangkumi aspek basic medical sciences. Sesi pengajian dibahagikan kepada semester pertama dan kedua. Pelaksanaan kurikulum pengajian adalah meliputi kuliah harian (teori), kelas tutorial dan amali dalam makmal.

Klinikal (tiga tahun kedua pengajian)

Tahun 4: Community Medicine & Public Health, Ear, Nose & Throat (ENT), Forensic and Toxicology, Ophthalmology

Tahun 5: Internal Medicine & Pediatrics

Tahun 6: OnG (Obstetrics and Gynaecology) dan Surgery

Pelajar berinteraksi dengan pesakit secara langsung dan didedahkan dengan clinical clerkship. Sesi pengajian dibahagikan mengikut round dan tidak lagi dibahagikan kepada semester pertama dan kedua. Pelaksanaan kurikulum pengajian bagi tahun klinikal termasuk kuliah harian, kelas tutorial dan amali klinikal di hospital.

Sistem peperiksaan secara umumnya mencakupi tiga aspek bagi setiap subjek iaitu bertulis (written exam), lisan (oral exam) dan amali (practical exam). Sekiranya gagal dalam subjek-subjek tertentu, hanya pelajar tahun 1 dibenarkan untuk membawa maksimum dua subjek tahun pertama ke tahun kedua. Jika pelajar tahun 1 tersebut gagal lebih daripada tiga subjek perubatan, pelajar tersebut dikehendaki untuk mengulang tahun. Bagi pelajar-pelajar tahun 2 dan ke atas, gagal dalam satu subjek perubatan akan menyebabkan pelajar tersebut dikehendaki mengulang tahun.

Artikel ihsan daripada Amalina binti Abdul Rahman, Tahun 4, Universiti Tanta.

Gambar oleh aljauhari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...