19.3.12

Pengajian Kursus Perubatan di Universiti Al-Azhar

Oleh: Luqman Alhakim Halil

Melalui perjanjian dan perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai Memorandum of Understanding (MoU).



Perjanjian inilah yang memberi ruang bagi sesetengah universiti untuk mengendalikan kelas pengajian khas bagi para pelajar bangsa Melayu sahaja dengan menggunakan medium Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama. Terdapat juga sesetengah kuliah perubatan di beberapa buah universiti mengendalikan kelas gabungan bangsa Melayu dan bangsa Arab dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama seperti Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams dan Universiti Iskandariah.

MoU melibatkan pembelajaran selama 6 ½ tahun. Beberapa universiti di Mesir menjalankan kelas secara MoU seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta, Universiti Mansurah dan Universiti Zagaziq. Apa yang membezakan Universiti Al-Azhar selain sedikit perbezaan silibus pengajian akademik sepanjang 6 ½ tahun kursus perubatan ialah subjek-subjek agama sebagai subjek tambahan yang wajib diambil.

Berikut ialah silibus pengajian perubatan di Al-Azhar daripada tahun 1 sehingga tahun 6:

Tahun 1: Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Bahasa Arab dan Al-Qur’an (Juz 30)

Tahun 2: Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Psychology, Bahasa Arab, Tafsir Al-Qur’an dan Al-Qur’an (Juz 29)

Tahun 3: Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, Hadis, Sirah dan Al-Qur’an (Juz 28)

Tahun 4: Opthamology, Community Medicine, Forensic & Toxicology, ENT (Ear, Nose & Throat), Aqidah, Fiqh dan Al-Qur’an (Juz 26)


Tahun 5: Internal Medicine dan Pediatrics

Tahun 6: OnG (Obstetrics and Gynaecology) dan Surgery

Peperiksaan di Al-Azhar bagi subjek-subjek perubatan secara umumnya mencakupi tiga aspek bagi setiap subjek perubatan iaitu bertulis (written exam), lisan (oral exam) dan amali (practical exam). Sekiranya gagal dalam subjek-subjek tertentu, hanya pelajar tahun 1 dibenarkan untuk membawa maksimum dua subjek tahun pertama ke tahun kedua. Jika pelajar tahun 1 tersebut gagal lebih daripada tiga subjek perubatan, pelajar tersebut dikehendaki untuk mengulang tahun. Bagi pelajar-pelajar tahun 2 dan ke atas, gagal dalam satu subjek perubatan akan menyebabkan pelajar tersebut mengulang tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...