20.3.12

Cara memperbaharui Visa (جوازات) bagi Penuntut Dirasat Islamiah (Mesir)

Oleh: Muhd Faiz Lee
2012/03/20

Tahukah anda?

Tempoh Visa (Pelajar) bagi setiap yang bergelar mahasiswa/wi sah digunakan dalam tempoh setahun. Ertinya, Visa (pelajar) ini perlu diperbaharui oleh setiap mahasiswa/wi untuk setiap tahun.

Bagaimanakah caranya?

A-Dokumen checklist:

1. Gambar bersaiz passport (background putih) - 2 keping
2. Borang pengesahan Universiti (تصديق ) yg asal (original) - 1 keping (salinan) - 2 keping
3. Borang Visa (جوازات) *boleh didapatkan di kaunter pejabat (LE 8)
4. Salinan muka depan Passport - 2 keping
5. Salinan Visa terakhir beserta cop - 2 keping
6. Sediakan duit yuran & serta upah sekitar LE 20

B-Proses permohonan (تقديم):

1. Menghantar Dokumen (seperti diatas)
2. Tempoh permohonan ialah 2 minggu
3. Bawa Passport asal (original)

*Tips:
>Datang awal pagi ke pejabat Imigresen di Jawazat Buuth Islamiah Abbasiah untuk mengelakkan kesesakan
>Pastikan semua dokumen dikepilkan bersama di dalam sebuah fail khas

C-Proses Penerimaan (تسليم):

1. Bawa & serahkan passport kepada kaunter penerimaan bagi mendapat pengesahan

*Tips:
>Datang awal pagi ke pejabat Imigresen di Jawazat Buuth Islamiah Abbasiah untuk mengelakkan kesesakan


PERINGATAN:

>Jadual bagi melaksanakan urusan pembaharuan Visa bagi Negara Malaysia ialah setiap hari SABTU / ISNIN , 8pg-1ptg.
>Selain hari-hari diatas, proses permohonan & penerimaan tidak akan dilayan sama sekali.

Wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...